Edward De Bono's Thinking Hats: Part 2

Assalamualaikum...

Lupa lak nak cakap, Edward De Bono ni dalam subject thinking skills ...


Ada satu sirah dalam alquran, ketika peristiwa Nabi Harun A.s dan Nabi Musa A.s serta pengikutnya lari daripada firaun... Mesti semua tau pasal kisah ni.. InsyaAllah piqa hanya akan share serba sedikit apa yang piqa dapat menerusi kisah ni.. Ini pon based on apa yang diceritakan oleh ustaz.. Ustaz kata kisah ni panjang, and banyak sisi yang perlu ditengok... Tapi apa yang kita nak kupas ni ada berkaitan dgn thinking methods...

Merujuk surah taha: 90

Nabi Harun A.s menyeru kaum umat abangnya, umat Nabi Musa A.s supaya mengikut kata2 nya.. Dan tidak menyembah berhala.. 
Namun, apa yang dibalas oleh hambanya pada surah taha: 91
Mereka tidak mahu sehinggalah Nabi Musa A.s kembali.
Ketika ni, nabi musa A.s tinggalkan umatnya sementara kepada adiknya, Nabi Harun A.s. Dan apabila nabi Allah Musa A.s kembali ke umatnya, dia terkejut kerana betapa ramainya umatnya dah berpaling jauh dari pegangan agama mereka.

Kemudian nabi musa A.s pon bertanya kepada adiknya;
Apakah yang menghalang engkau daripada bertindak, apabila melihat mereka dalam kesesatan?
Bila kita baca terjemahan ni, apa yang kita rasa? Maksud piqa, apa yang kita dapat faham, melalui cara pertanyaan Nabi Musa A.s ni?

This is how a black hat thinker thinks, right away judge ..

Ketika ni, nabi musa A.s rasa kecewa kerana umatnya berada dalam kesesatan, sebabnya mereka baru selamat daripada firaun, tapi sekarang... Aqidah mereka terserong.. Dengan perasaan kecewa, nabi musa A.s pon menarik janggut dan anak rambut nabi harun A.s . Seperti yang kita tau betapa kuatnya nabi musa A.s sehingga ketukannya mampu membuatkan seseorang itu kehilangan nyawa... Inikan pula tarik janggut rambut ni..

Kebiasaannya, black hat thinker akan diikuti dengan red hat.. Emosi..

Jadi, macam mana nabi harun A.s tenangkan nabi musa A.s ataupun handle nabi musa A.s?

This is where he used  green hat, creativity...

Dalam surah taha:94
Nabi harun A.s berkata, wahai anak ibu ku, janganlah tarik janggut dan rambutku . Sesungguhnya, aku bimbang kau akan berkata, "Akulah yang menyebabkan perpecahan dalam kelompok umatmu , bani Israel dan aku tidak mengikut dan menunggu kata-katamu.
Apa yang dihighlight dalam ayat ni?
"Wahai anak ibuku" ... Itulah titik kelemahan nabi musa, hatinya mudah tersentuh apabila berkaitan dengan ibunya..

Kemudian barulah nabi Allah Musa A.s bertanya kepada Samiri, si pembuat berhala tentang amalan umatnya kini...

Nampak tak betapa cara pemikiran seseorang individu menentukan tindakan seseorang.
Orang yang terserong jauh dari agama, perlu disentuh hati mereka bagi kembali ke pangkal jalan semula.

Jadi, fikir2 kanlah betapa kita perlu sentiasa memperbaharui niat, fikir sebelum bertindak dan janganlah biarkan emosi menguasai minda dan tindakan anda, insyaAllah..

Moga bermanfaat untuk semua :)


Assalamualaikum, salam sayang,
_pqzamri.

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip

TGBian batch 34

Favourite Blogger