CEMERLANG DUNIAWI SAHAJA?

Assalamualaikum.

Sekarang dah masuk bulan April, nak dekat sebulan genap jugaklah keputusan SPM'16 keluar.

Pejam celik, pejam celik tinggal 4/5/6 bulan untuk PT3, tinggal lagi 8 bulan untuk SPM'17 get ready before peperangan mereka bermula.

Sedar tak sedar, masa telah berlalu dengan pantas, terlalu pantas sehinggakan mampu membuatkan kita menyesal dengan action kita yang dahulu.

Jadi, piqa di sini nak cakaplah dekat adek2 SPM, adek2 PT3, and adek2 yang belum lepas that big exam lagi...

Tanam dalam fikiran anda bahawa SPM sememangnya bukan segala-galanya namun segala-galanya bermula dengan SPM.

Jangan dikemudian hari baru kita nak menyesal dengan perbuatan kita yang tak study smart, and tak jaga hubungan sebaik mungkin.

Kita nak cemerlang Duniawi je ke?
TAK! Kita nak cemerlang secara wholly, fully .

We wanna be a wholly holistic students and caliphs. Not only for our lives on Earth, but also in akhirat.

So,piqa nak share apa yang piqa buat, and apa yang piqa nak advice ni take note. Don't simply look through it, tapi amati and masukkan dalam kepala korang, akal korang..

Image result for exam

  • Hablu Min Allah, wa Hablu Min AnNas
    • Jaga hubungan dengan Allah, dan jaga hubungan dengan Manusia. Andai kata hubungan dengan manusia pon bagaikan nak RAKKK, ni kan pula nak utuhkan hubungan kita dengan Allah Az-Zawajalla.
    • Piqa pernah cite yang pasal trip pesta buku tu kalau tak silap in one of my blog. Memang piqa rasa perhubungan piqa dengan principle teramat retak, but then hubungan batch kitorang dengan pengetua dah baik, and Alhamdulillah batch piqa yang kat kusiss tu kalau tak silap top #15 in SMKA's
    • Hubungan batch piqa yang kat TGB tu dengan cg2 pon tak seberapa, and alhamdulillah time Salam Jamaíe TGB, semua minta maaf bersungguh-sungguh.
    • Ni bukan sebab exam, tapi sebab berkat. Berkat seorang guru ibarat berkat ibu bapa. Kita tak nak hidup kita diselubungi dengan rasa bersalah semua tu.... Dik, berkat guru, berkat ibubapa, berkat orang sekeliling PENTING!! 
    • Kita tengok sejauh mana tanpa berkat boleh kita pergi jauh. Mungkin boleh, namun tahan lama? 
  • Niat
    • Anda belajar kerana ibubapa? Anda belajar kerana nak SPM gempaakkkk? Anda belajar sebab nak nampak hebat di mata orang? Anda belajar sebab nak exam?
    • Maaf dik, niat anda salah.
      • Nape piqa cakap macam tu? 
    • Sebab, niat anda sepatutnya nak tuntut ilmu, WAJIB.. Nak tunaikan kewajiban... Nak tunaikan fardhu kifayah.
    • Anda cemerlang di SPM dengan bukan niat lillahi taála, kita tengok sejauh mana anda boleh pergi. Mungkin anda akan cemerlang sentiasa, namun hati anda takkan tenang.
  • Simplify your notes
    • Korang bukan jenis yang ulat buku? Buat lah mind map cara tony buzan ke? Buat simple notes ke...
    • Kalau piqa, subjek Sejarah, PAI memang wajib ada notes before exam..
    • Memang berkesan kalau tak caya test
Related image
  • Solat awal waktu
    • This tip is not only during examination but in your life.
    • Nak redha Allah, nak Allah berkat segala usaha kita, solatlah di awal waktu.
    • Macam piqa, contohnya ada petang tu ada prep then lepas asar habis dah prep.. Terus gi solat Asar, jangan sambung study..
    • Berkat Allah, Redha Allah...Jangan kerana nak study, revision kita sanggup ketepikan Allah, kita sanggup melambatkan solat, kita sanggup solat lepas habis study like after revise 2/3 chaps..Giloo ko...
    • Ingat, Allah nak uji kita sama ada kita sanggup ketepikan dia ke semasa revise chaps.. Dia nak tengok kita ni jaga tak tiang iman kita ni...
    • tau kenapa piqa kata tiang, sebab bayangkan puasa, zakat ibarat bumbung.. If tiang dalam lima-lima tu, one of them or two patah.. Runtuh bumbung, hancur base kita iaitu Syahadah.. Namun boleh dibaiki, jaga solat 
Image result for pray
  • Solat hajat
    • Tips untuk solat hajat
      • afdhal sepertiga malam, bangun tahajud lah kiranya.. time tu senyap, kita boleh berdoa kepadanya, Directly without glitches .. Lebih fokus, lebih precise nak doa apa..
        • Buat solat tahajud dulu, then solat sunat taubat, then solat hajat.
      • solat hajat sebelum masuk waktu subuh, then buat solat qabliah subuh jugak barulah solat subuh, jangan after solat subuh.. HARAM
      • solat hajat selepas solat dhuha
      • solat hajat sebelum/selepas or both during zuhur
      • solat hajat sebelum asar, jangan after solat asar, HARAM
        • Ni bukan fatwa piqa, kenapa takleh after solat FARDHU subuh and asar, sebab seolah2 menyembah matahari. Even tak de solat sunat after asar and subuh, so nape kita nak keluarkan fatwa sendiri.. Nak kepastian, ruju'k mana2 ustaz-ustazah
      • solat hajat after Maghrib
      • Solat hajat before isyak or after or both..
  • Solat Dhuha
    • Nak tau tak, Solat Dhuha pembuka rezeki, baca surah al-waqiah yang juga pembuka rezeki..
    • Jangan tinggalkan dhuha
Image result for pray quotes
  • Recite Al-Quran
    • Nak tau tak, doa selepas KHATAM Al-QURAN 30 Juz doa nya makbul ( antara salah satu waktu doa makbul )
    • So, seboleh-bolehnya, recite Al-Quran and khatamkan and doa lah kat Allah, moga diberi kejayaan yang mampu membanggakan ibubapa kita...
Image result for pray quotes
  • Waktu Hujan, berdoa
    • Allahumma Soyíban Nafiá
    • Image result for the word pray
  • Rajinkan diri bertanya
    • pernah dengar orang quote "Malu bertanya sesat jalan"
    • Jangan malu nak akui diri awak tak tahu, tak faham
    • Jangan malu nak aku awak tak reti how to solve it.
    • Tanya, jangan sombongkan diri
      • 'Heh, diakan yang selalu tanya aku. Malaslah nak tanya dia, karang dia tanya orang lain pulak'
    • Jangan Sombong, riak, takabbur, ujub DIK oiiii... Allah tak suka, Allah tak sayang orang yang macam tu..
    • Nak tau nape Iblis dilempar ke bumi, sebab perasaan ujub, riak, takabbur dia yang tidak mahukan sujud dikaki Adam A.S ketika Allah menyuruh semua malaikat untuk sujud. Iblis yang juga pernah menjadi malaikat paling hebat dahulu, namun kerana perasaan tersebut Allah masukkan ke neraka..
Ok, tu jelah kot nasihat piqa untuk korang semua.. Not only adek2 yang skolah but semua orang... OK..

Ok, Bye Assalamualaikum..

Image result for pray quotes

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip

TGBian batch 34

Favourite Blogger