examination quality

Assalamualaikum guys...
Ok, dua entry dalam satu hari..
Probably tiga tapi tengok dululah kalau tak balik kg lagi..
Ok..
Berkenaan title entry ni nape eh..
Just nak kongsi luahan perasaan kami bekas pelajar SPM 2016
yang telah mengharungi pelbagai dugaan bukan sahaja ketika SPM malah ketika PT3..
Sudah lama terbuku perasaan ini dan akhirnya terluah juga didalam entry ini..
Bukan minta di bash atau sebagainya..
Tapi ini adalah luahan hati seorang bekas candidate PT3 ketika 2014 dan SPM 2016..
Bukan bererti tak bersyukur but listen..
Read this entry..

Ok first of all,
as a student that took PT3 examination on 2014 and as the pioneer of PT3 candidate,
i would like to share my experience of going through the hardship..
we called ourselves as the white rat in lab for PT3..
mana taknya..
Bayangkan enam bulan sebagai pelajar tingkatan 3
and bulan 7 barulah format keluar..
memang...
palinggglaaaa..
Takleh diterima langsung..
Pastu trial PT3 pulakk bulan 8..
So, memang laaa...
Then kitorang hadap jelah PT3 tu..
dahlah exam kat kelas ..
yelah, dewan rosak kena repair..
paling ada semangat PT3...

Pastu dapat result tak de rasa apa..
Sedih, gembira, kecewa..
Nehi...
Nothing..

Pastu  SPM baru-baru ni..
Memang sedih kempalang lah kan...
Yelah Ok exam BM, BI malas nak kkomen..
Exam PAI ponn..
then exam Sejarah...
Nilah paling mengeciwakaaaannn....
Yelah tak ada KBAT langsung!!!!!!!!!!!!!!
bayangkan cikgu punya tekankan ..
"ok, tahun ni probably kbat 60%"
and harapan...
haprakkk...
KBAT lah yang membantu kami utk skor exam...
Exam maths, no komen..
Addmaths??
Huhuu..
For candidates SPM tahun tahun lepas ..
Korang sangat beruntung sebab tak terkena kejutan budaya like us...

Sebabnya format tukar..
dah tak ikut bab dah..
Tu bukan paling mengeciwakan..
Bayangkan ada soalan yang masukkan subtopik fizik...
Cubalah pikir bebudak yang pedalaman tu ada ke yang amek fizik..
kalau ada pon ramai ke...

kesianlah diorang ni..Subjek yang len  malas nak komen..

Ya Allah, istajibillahi du'a ana ya Allah so that i can make my parents proud of me, my teachers, my family and my friends
Ya Allah, kau permudahkan lah urusan pemeriksa agar memeriksa kertasku dengan sebaik mungkin..
Ya Allah, please grant me straight A+ if that is the best for me so that i can be an idol for my siblings...
Ok, ni komen sebenar-benarnya...
yang atas tu sebagai pembayang..

Kepada pihak Kementerian Pendidikan dan Pengajian Tinggi Malaysia.
Saya sebagai wakil Pelajar SPM 2016 dan PT3 2014 ingin menyatakan hasrat kami agar pihak anda tidak lagi menjadikan kami sebagai tikus makmal lagi..
Cara anda memang baik ingin jadikan pelajar peka terhadap exam dan inginkan pelajar yang holistik tapi cuba anda fikirkan..
benarkah ini cara terbaik untuk anda jadikan generasi kami seorang yang berdaya saing..

Saya ingin mencadangkan kepada pihak anda agar membincangkan tentang cara anda menguji kami...
Kami sudah pun melepasi SPM, maka kami hanya mampu berdoa yang terbaik..
Kami tidak mahu adik-adik kami diuji dengan cara yang tidak rasional..
Sekiranya anda ingin menukar format, seboleh-bolehnya maklumkan kepada kami, atau seteruk-teruknya maklumkan kepada guru-guru kami yang berkaliber agar mereka tidak merasakan diri mereka tidak reti mengajar anak-anak murid mereka sehingga anak-anak murid mereka tidak mampu jawab exam..

Sila ambil perhatian kerana cara anda sebenarnya mampu menjatuhkan semangat para pelajar dalam menjawab SPM ataupun PT3..
Sekiranya anda tahu bahawa kini kami tidak lagi menganggap PT3 penting sepertimana PMR maka janganlah anda tukar persepsi kami bahawa SPM 2016 tidak peting seperti SPM tahun-tahun lepas.
Sila tetapkan cara anda untuk didik generasi kini kerana kadangkala cara yang salah boleh menjatuhkan semangat pelajar generasi kini.

Saya harap terdapat wakil KPM yang membaca entry ini kerana ini hanyalah isi hati saya..
Doakan result SPM 2016 menjadi result yang terbaik selepas apa yang kami tempuhi..
Insya-Allah kalau dapat sambung Foundation/A-Level/IB/Matrikulasi saya akan buat yang terbaik agar dapat menyumbang kepada negara. Insya-Allah..

Assalamualaikum dari writer miss dai'e.



p/s: doakan saya dapat 9A+ dan doakan saya mampu mengambil jurusan medic agar dapat jadi paeditrician :)

Comments

Popular posts from this blog

Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip

TGBian batch 34

Favourite Blogger